Tuesday, January 14, 2014

" Laksana Buntat Hendak Menjadi Gemala"

Re-Blogged from Friday, September 2, 2011

GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET 
" Apabila bertiup angin sakal
Ambil pengayuh mana yang ada
Apabila hidup ingin berbekal
Amalkan seluruh ilmu di dada "
 

" Kinabalu bertangga peti, 
Ambil gemala di mulut naga; 
Kalau sudah paksa di hati,
Mahal murah baik harga " 



laksana buntat hendak menjadi gemala" 
peribahasa bermaksud orang kecil hendak menjadi orang besar.
 
(iaitu seseorang yang tak tahu akan kekurangan dirinya) 
Miahahaha...atau dengan lebih menyentap lagi ia bererti; seorang yang tak sedor diri, 



"Dewa pun duduk ia bercerita, 
Asal mulanya dapat sengsara,
 
Oleh disakitkan saudara, 
Setahun sudah di dalam penjara. 
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET 
Sekalian habis diceritakan, 
Suatu tidak dilindungkan,
 
Terlalu belas naga mendengarkan,
 
Diambil gemalanya lalu diberikan 
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET 
Ambillah tuan muda bestari, 
Gemala ini nenek memberi, 
Harganya itu tujuh buah negeri, 
Apa kehendak keluar sendiri.
 
BATU GELIGA, BATU GEMALA KEMALA, BATU JEMALA, BATU GEMALA, BUNTAT BUNTET 
Jikalau orang terkena bisa, 
Airnya sapukan beri berasa, 
Jika ditolong Tuhan Yang Esa,
 
Dengan seketika beroleh sentosa" 


.

Sahaja Aku Mengangkat Noozle ...

Re-Blogged from Wednesday, September 7, 2011

5.30pm Caltex Kuala Krau 06.09.2011
Seorang aku baru angkat noozle sambil memakai tudung baru ber'awning' silk
(baru ngat beli pukul 1.20pm hari yang sama)
Seorang aku berbusana T-Shirt style Korea plain turquoise.
Berknitted pants Blue Black.
Berfoot geared kan wedges PVC glam-glossy look.

"Lima puluh dik," ujarku sambil menguntumkan senyuman santunku.
Baru RM3.45 aku isi datang sebuah Chilli Red Waja.
Mampir parking di belakang boot ketaku, enjin tak padam.
Menderu deram... hish!

Aku wat palm sign sambil 'blink-blink-kembang-kuncup' fingers ku, obor-obor style.

Irritating, annoying, hazabedah betul.
Geramnya aku,
apa kes nak tunggu belakang bontot kereta ku yang dah uzur sesangat neyh.
Pump kiri kanan masih ada yang vacant.

"Dik, tolong cakap sama keta kat belakang nih, jangan tunggu saya, suruh dia pegi sebelah, saya lambat lagi, lagi tiga puluh hengget"

"Boleh kasi cepat, macam ni kak"
Aishhh, tetiba pompuan tu takeover noozle dari aku, tekan pin noozle sampai top speed limit.

"Wooo, wooo, wooo... macam tu saya pun tahu. Saya nak pam minyak, nak dapat banyak, bukan nak pam masuk gas yang meruap"
Aku bukan makhluq yang kekwat sesungguhnya.
Tidak ku tekan pin noozle no1 kalo stesen dah sesak & high traffic bagai.
Aku pun considerate punya manusia.
Telah aku amati hanya aku satu vehicle jer kat situ, another 9 pumps free.

Aku wat donno jer pastu. Waja Merah Cili fed-up.
Pandai laks dia gi pump sebelah. Tank dia belah kanan.

Driver stay dalam keta. Pompuan pump attendant tolong pump, isi RM30.
Enjin tak dimatikan.
Tetiba dengar riuh rendah. Pergelutan berlaku.
Vrooooooooooms.

"Apa hal kecoh beb?" aku jengukkan leherku yang tak jinjang ke seblah

"Dia dah blah, tak sempat tutup tank, minyak masih bersembur.."
Pump attendent geleng-geleng kapla... di tangannya yang longlai
masih menggenggam sekuntum penutup tangki.

"Ini macam worang pun ada?"

.

Haiku Aku Merapu

Re-Blogged from Wednesday, October 26, 2011

"lend me your arms,
fast as thunderbolts,
for a pillow on my journey"

Hmmm... I love to observe, observe, observe
Here, within my eyesights
Colorful life

Cuba perhati
Beza kanan ngan kiri
Mencuit hati

"Transferred all lycheesI saw the grand-daughter's hand,A meal too meager to share"

HAIKU: 17 sukukata dalam 3 baris dibahagi kepada 5-7-5 
baris yang pertama mesti ada 5 suku kata,
kedua 7 suku kata, ketiga 5 suku kata.

(Aku blasah tak follow-memollow)


.

Quest Of Transoxiana

Re-Blogged from Friday, March 9, 2012


Bangkit dari kedudukan yang rendah hati
Aku masih berkira-kira bagaimanakah aku mahu meloloskan diri aku
Dari hiruk-pikuk belenggu kapitalist

Telah hampir sedekad aku membentang scroll
Melarik peta & itinerary di atas kertas A4 yang hampir kumal
Ku ponyok-ponyok kubakul sampahkan

Daerah itu
Menggamit-gamit aku
Lambaian purba Asia Tengah
Merentasi (Trans) Sungai Oxus
Amu Darya River nama lainnya
Satu daerah di-Latinkan merujuk pada Uzbekistan, Tajikistan & South-West Kazakhtan
Daerah dengan dua padang pasir
Kara Kum Kum dan Kyzyl
Antara aliran Amu Darya dan Syr Darya
Satrapy daripada Sogdiana


Wahai Nendaku!
Aku mohon kepada Allah
Gerakkanlah hati Nendaku yang Super Damn Rich
Menghadiahi aku
Sebuntil dinar
Buat belanja aku
Quest The.Another.One to Bay-tu-Allah-i al-Haraam
Via Oxiana

.

Malaysia! Aku Cinta Padamu... (Rindu Mengutus Cinta)

Re-Blogged from Thursday, April 19, 2012

Bangunlah jiwanya...
Bangunlah raganya...

BUKAN bangun koruptornya...
Bangun pembodohannya....


Malaysia!
... Aku cinta padamu, tapi tak seperti ini yang dipenuhi koruptor...



Part 2:

Jika nafas sering berkata lelah
Lihatlah... kemerdekaan itu seperti air mancur
Melesat tubuh muda-mudi yang mencapai tujuan

Dengan otak yang sama, dengan hati yang sama
Ternyata kita hanya menu yang disajikan untuk memilih cara,
Hanya niat yang benarlah yang dapat menjadi petunjuk-NYya
Begitulah Rindu mengutus Cinta jadi kekuatannya yang merdeka.
.

Apa Ada Dengan Meja Jepun Ku?

Re-Blogged from Monday, April 23, 2012


Keletuk lututku diketuk
Kepet kakinya terkelepet
Komputer riba mengelongsor


Kelempap segempa alam
Tetikus kekunci ecer-eceran
Aduh...

Tinjunya jatuh ke atas lantai
Geram gemas
Berdentang kole terhempas
Tanganku menggeletar
Air mataku berceceran
Dalam sentak-hentak gravitasi, yang tak sederhana


Redd Rohim
Sungai Penchala
9.31 malam
 

.

Karutan Hikmat Jejari Dompok

Re-Blogged from Monday, April 23, 2012

Kala aku melunjur kaki ke bawah meja Sang Sapurba... buhsan memikirkan misi aku yang belum on-on lagi
sebabnya aku seringkali menceceh perkara yang sia-sia.

Hmmm... aku terus mengelongsor malas. Memikirkan betapa mustahilnya aku mahu membaca tanpa kefahaman. Maka technique apa pula yang aku kena guna? Technique mengelat?

Aku tidak mahu pessimist. Ah, sebelum aku mengarut dengan lebih maju lagi, aku terus mengetuk kekunci agak terpancar hikmat jejari dompok di layar blog mainan ku ini.

MERAH

Antara yang berjaya melempang aku hanya dengan kata-katanya
Rasa seperti ditempeleng sehingga mulut berdarah... aduh!

Carilah dia untuk bersama menghidupkan sang waktu
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganku, bukan mengisi kekosonganku


Redd Rohim
Sungai Penchala
10.29 malam
 


.